Jenayah & Mahkamah

Pemandu Perodua Kembara halang laluan ambulans disiasat

SRI AMAN – Pihak polis telah mengenakan tindakan undang-undang kepada pemandu sebuah Perodua Kembara yang tidak memberi laluan kepada kenderaan ambulan seperti yang satu video yang tular di aplikasi X, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Suprintendan Mathew Manggie berkata, susulan kejadian di Kilometer 6, Jalan Kuching-Sri Aman dekat Jalan Kampung Entulang Bungkang, di sini, kelmarin, polis telah mengambil tindakan mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan kepada ambulans.

“Pada Jumaat lalu sekitar jam 3 petang, telah tular sebuah kenderaan di media sosial yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.

“Sehari selepas kejadian itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengambil tindakan mengesan kenderaan itu dan pemandunya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mathew turut mengingatkan agar semua pengguna jalanraya perlu mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Semua lalu lintas hendaklah apabila diberi amaran tentang kehadiran apa-apa ambulans, kereta bomba mahupun kenderaan polis hendaklah memberi laluan yang lapang kepada kenderaan-kenderaan itu,” katanya.

Dalam video yang tular kelmariin, sebuah Perodua Kembara dirakam tidak memberikan laluan kepada sebuah ambulans bersiren yang sedang membawa pesakit ke hospital.

Dilaporkan, pesakit di dalam ambulans berkenaan meninggal dunia sebelum mangsa sempat menerima rawatan di hospital kerana kelewatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button