JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu lori sampah ditemukan meninggal dunia

SEPANG – Seorang pemandu lori sampah ditemukan meninggal dunia di tempat duduk kelindan semasa sedang bertugas di Jalan Cottage Walk, Cyberjaya, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu menerusi panggilan MERS 999 daripada orang awam pukul 10.45 pagi.

Katanya, laporan tersebut memberitahu bahawa seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah lori sampah.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Cyberjaya kemudiannya dihantar ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan tersandar di tempat duduk hadapan, di bahagian kelindan lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Jasad mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi, Hospital Cyberjaya bagi proses bedah siasat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini.

“Mereka yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-8777 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button