JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu lori dituduh cuba bunuh anggota polis

KUALA PILAH – Seorang pemandu lori didakwa atas tiga pertuduhan termasuk cubaan membunuh anggota polis dengan cara melanggar dan menghimpit motosikal dinaiki mangsa sehingga terbabas di Jempol, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Hasrulnizam Hasim, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini, memetik laporan Kosmo Online.

Muhammad Hasrulnizam didakwa melakukan kesalahan itu yang menyebabkan mangsa terbabas pada pukul 12.30 hingga 1.15 tengahari di Kilometer 5, Jalan Serting Tengah-Keratong, pada 9 April lalu.

Tertuduh didakwa di depan Majistret Saiful Sayoti mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri tidak menawarkan sebarang jaminan atau ikat jamin RM20,000 sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi pertuduhan cubaan membunuh dan RM8,000 bagi kedua-dua kesalahan trafik.

Pada 10 April lalu, media melaporkan seorang pemandu lori yang lari sekatan jalan raya dikejar sejauh 50 kilometer berjaya ditahan. Dalam kejadian itu, polis melepaskan 10 das tembakan yang berakhir dengan kemalangan

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button