BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu lori didenda RM8,000 cuba rasuah polis

BUTTERWORTH – Seorang pemandu lori didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba merasuah seorang anggota polis bagi mengelakkan tindakan undang-undang kerana memiliki air ketum.

Tertuduh, Tang Chin Haur, 45, didakwa cuba menyogok wang tunai sebanyak RM3,900 kepada Pegawai polis yang bertugas sebagai dorongan agar tidak dikenakan tindakan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Kesalahan itu dilakukan pada 27 Jun 2021 ketika sekatan jalan raya dijalankan di Jalan Sungai Bakau, Nibong Tebal.

Mengikut pertuduhan, Chin Haur didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan, menurut laporan sinar.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkifli memaklumkan kepada mahkamah bahawa perbuatan tertuduh adalah serius dan mencabar integriti pasukan penguat kuasa,

Namun begitu, Chin Haur yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan atas alasan perlu menanggung ibu bapa yang uzur, seorang isteri dan seorang anak yang masih bersekolah.

Selepas meneliti rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mahkamah turut mengingatkan tertuduh bahawa perbuatan merasuah penjawat awam merupakan kesalahan serius yang boleh menjejaskan sistem keadilan dan pentadbiran negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button