BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu Honda City lari dari tahanan polis di LDP berjaya diberkas

SERDANG – Seorang lelaki dengan 18 rekod pelbagai kesalahan dan memiliki satu peket dipercayai syabu ditahan polis selepas cuba melarikan diri di Jalan Persiaran Pinggiran Putra, Seri Kembangan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalangan berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan sepasukan anggota selepas enggan berhenti ketika diarah berbuat demikian.

Katanya, penahanan suspek yang memandu kereta jenis Honda City itu dibuat selepas mengesan kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota telah menahan suspek dengan memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa, suspek kemudian melarikan diri dengan memecut keretanya menuju ke Puchong melalui Lebuhraya Damansara Puchong.

“Selepas diekori, suspek ditahan dan pemeriksaan menemui satu peket plastik lutsinar disyaki syabu.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek mempunyai 18 rekod lampau pelbagai kesalahanan jenayah,” katanya dalam kenyataan.

Anbalangan berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Video kejadian beberapa orang anggota polis menunggang motosikal yang menahan kenderaan suspek tular di media sosial hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button