BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu Alza bergaduh di SKVE ada dua rekod berkaitan dadah

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang tular dalam media sosial hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Shan Gopan Krishnan dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa semalam mengenai kejadian pada 17 April lalu.

Shan berkata, semakan rekod terhadap suspek mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod berkaitan dadah.

“Kami sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan, iaitu memandu secara gopoh atau melulu, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shan turut berkata, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja, yang boleh membawa hukuman penjara hingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000.

Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk tindakan lanjut setelah siasatan selesai.

Dalam video yang tular di media sosial, seorang pemandu Toyota Estima dipercayai dihimpit oleh pemandu kereta Alza ketika melalui SKVE dari arah Kajang ke Bangi.

Suspek juga dilihat menghalang dan memberhentikan kenderaan pengadu sebelum keluar untuk menumbur cermin dan muka mangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button