JENAYAH & MAHKAMAH

Pelayan kedai maut bungkusan dipegangnya meletup

AMPANG – Seorang pelayan kedai maut selepas sebuah bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya di hadapan sebuah kedai makan meletup di Jalan Pandan Indah, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.55 malam.

Menurutnya, mangsa, 28, merupakan lelaki warga tempatan dikatakan memegang bungkusan berkenaan sebelum meletup.

“Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian dibawa orang awam ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 9.45 malam.

“Siasatan di tempat kejadian juga menemukan beberapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemik pada kereta mangsa.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button