
Kes buli UPNM: Pelajar senior tidak mengaku salah pijak junior hingga cedera
KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan rakan pelatih junior dengan memijak perut memakai ‘spike boot’.
Tertuduh, Mohd Adil Mat Awang Ghani bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah mencederakan Muhammad Haziq Iqbal Ahmad Rashidi.
Mohd Adil yang berkemeja putih dan berseluar hitam menjawab “saya faham (tuduhan) dan saya tidak mengaku salah” selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Haziq pada kira-kira pukul 10.45 malam, pada 21 Oktober lalu.
Kesalahan didakwa dilakukan di padang kawad, akademi latihan ketenteraan UPNM pukul 10.45 malam pada 21 Oktober lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sabri Othman, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman kebangsaan (YBGK), Nurul Diyana Basher.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu saksi dan mangsa.
Sebutan semula kes ditetapkan 10 Februari 2025.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





