Pelajar perempuan cedera ditikam lelaki dipercayai bekas kekasih
SUNGAI PETANI – Seorang pelajar perempuan parah selepas ditikam pelajar lelaki dipercayai bekas kekasihnya di sebuah kampus institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini, hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 10.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian belakang badan akibat tikaman.
Difahamkan, mangsa dan suspek, masing-masing berusia 19 tahun, merupakan pelajar asasi di IPT berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan sedang berjalan menuju ke perpustakaan sebelum dihampiri suspek, yang secara tiba-tiba bertindak menikam belakang badan mangsa.
Semasa bergelut dengan mangsa, suspek dipercayai mengalami kecederaan pada tangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, mengesahkan bahawa suspek telah ditahan.
“Susulan laporan kejadian yang dibuat oleh pihak keselamatan universiti pagi tadi, kita berjaya menahan suspek ketika dia mendapatkan rawatan di klinik kampus berkenaan,” katanya.
Tambahnya, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan berada dalam keadaan sedar serta stabil.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324/326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment