BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar 17 tahun tunggang motosikal lawan arus di Kajang tiada lesen

KAJANG – Kecuaian seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun menunggang motosikal secara melawan arus dan tanpa memiliki lesen mengundang padah apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan Bukit, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, remaja berkenaan yang menunggang motosikal bersama rakannya berumur 20 tahun merempuh bahagian depan sebuah kereta sebelum tercampak ke kaki lima jalan sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati penunggang itu gagal mematuhi tanda arah laluan sebelum memasuki laluan bertentangan sehingga bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah hadapan.

“Tindakan itu mengakibatkan motosikalnya bertembung dengan kereta yang dipandu lelaki berusia 30 tahun. Penunggang motosikal juga didapati tidak memiliki lesen memandu sah.

“Penunggang mengalami kecederaan pada kaki serta patah tangan kiri, manakala pembonceng dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 37 saat tular di media sosial memaparkan motosikal berkenaan dipercayai menunggang melawan arus sebelum bertembung dengan kereta.

Akibat kejadian itu, sekumpulan remaja dipercayai rakan mangsa bertindak mengerumuni kereta yang terlibat dalam kemalangan itu menyebabkan pemandu meninggalkan lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button