
Pelaburan online : Jurutera muda rugi RM1.16 juta
KUANTAN – Seorang jurutera berusia 36 tahun berputih mata apabila kerugian RM1.16 juta selepas terpedaya dalam skim pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud pada Disember lalu.
Lebih malang lagi, sebahagian daripada wang yang dilaburkan dipinjam dari kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa mengaku terjebak dalam penipuan itu selepas terjumpa pautan yang menawarkan pelaburan dinamakan ‘Boom-s’ dalam talian pada 3 Disember lalu.
Katanya, sepanjang tempoh pelaburan itu, mangsa telah melakukan sebanyak 19 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun berbeza melibatkan wang berjumlah RM1.16 juta selepas tertipu dengan jumlah keuntungan yang diterima.
Bagaimanapun katanya, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas hasratnya untuk mengeluarkan hasil keuntungan tidak dibenarkan oleh pengendali pelaburan tersebut.
“Pelbagai alasan diberikan oleh pihak pentadbir platform terbabit bagi menghalang pengeluaran wang melebihi RM4 juta yang kononnya hasil pulangan pelaburan.
“Mangsa hanya menerima pulangan berjumlah RM15,032 sebelum tidak dapat lagi mengakses keuntungan selebihnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Susulan kes itu, Yahaya menasihatkan orang ramai melakukan semakan sebelum membuat sebarang pelaburan secara dalam talian untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |