
Pekerja swasta rugi hampir setengah juta diperdaya sindiket penipuan dalam talian
NIBONG TEBAL – Seorang pekerja wanita di sebuah syarikat swasta kerugian RM489,550 akibat diperdaya sindiket penipuan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou, berkata kejadian bermula 17 Februari lalu apabila mangsa berusia 39 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu kononnya pegawai polis.
Beliau berkata, mangsa kemudian panik apabila suspek mendakwa dia terbabit dalam satu kes jenayah dan perlu membuat bayaran bagi menyelesaikan siasatan terhadapnya.
“Disebabkan panik, mangsa telah membuat pemindahan wang melalui 47 transaksi dalam talian ke 13 akaun bank berbeza membabtikan jumlah RM256,550,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Jay January berkata,
mangsa turut membuat 12 transaksi deposit wang tunai (CDM) ke dalam empat akaun berbeza sebanyak RM233,000.
Secara keseluruhan, mangsa telah memindahkan wang berjumlah RM489,550.
Jelasnya, wanita terbabit hanya menyedari dirinya ditipu selepas memaklumkan kejadian itu kepada adik lelakinya.
“Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Bakap, di sini, semalam,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |