Pegawai penguatkuasa direman bersabit kes rasuah laga ayam
PULAU PULAU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan reman seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah kira-kira RM5,000 sebagai balasan membantu menyelesaikan satu kes berkaitan judi laga ayam.
Perintah reman selama tiga hari sehingga 25 Ogos 2024 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas permohonan dibuat oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di negeri ini.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut baru-baru ini semasa proses jaminan pengadu bersama 12 rakan yang lain.
“Suspek dipercayai telah meminta RM500 setiap seorang di mana jumlah keseluruhan adalah RM6,500 bagaimanapun semasa tangkapan dibuat hanya menemui wang tunai kira-kira RM5,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






