
Pegawai kanan polis disyaki langgar lari pelajar direman 3 hari
KUALA LUMPUR – Pegawai kanan polis berpangkat deputi superintendan (DSP) yang disyaki terbabit dalam kejadian melanggar hingga maut seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh, semalam, direman selama tiga hari.
Suspek yang bertugas sebagai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, ditahan reman bermula hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi BH Online mengesahkan pegawai berkenaan direman selama tiga hari bagi membolehkan siasatan secara menyeluruh dijalankan secara telus dan adil.
Beliau juga turut mengarahkan Ketua Polis Daerah Ipoh, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci mengenai kejadian berkenaan.
Setakat ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari semalam, seorang pelajar Tingkatan Lima yang menunggang sebuah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, selepas disyaki dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh pegawai kanan polis berusia 44 tahun.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |