PDRM tumpas sindiket penyeludupan rokok, arak RM98 juta
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras dengan rampasan bernilai RM98 juta dalam serbuan di Kuching, Sarawak.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, dalam serbuan itu polis menahan tujuh rakyat tempatan dan seorang warga asing bersama 40,469,600 batang rokok pelbagai jenis dan 44,716 kotak minuman keras tidak bercukai kastam.
Katanya, kejayaan itu adalah hasil risikan bersama antara Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak dan Polis Kontinjen Sarawak.
“Turut dirampas dua jenis kenderaan dan lima unit telefon bimbit. Kesemua rampasan bernilai RM98,793,958.51.
“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Bagi tempoh 1 hingga 7 Januari lepas, PDRM menahan 91 individu serta merampas pelbagai barangan tidak berkastam, diesel bersubsidi serta haiwan dan hidupan liar bernilai lebih RM181 juta.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






