Jenayah & Mahkamah

PDRM edar ‘photofit’ suspek kes simbah asid Faisal Halim

KUALA LUMPUR – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan ‘photofit’ atau lakaran wajah dipercayai suspek yang menyimbah asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta tampil bagi membantu mengesan suspek yang menyerang pemain kebangsaan itu.

“Suspek dianggarkan berusia 30-an, berketinggian 165 sentimeter (cm), tubuh bersaiz sederhana dan kulit sawo matang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes atau tampil ke balai berhampiran,” kata Razarudin dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Inspektor Jagachandaran Murugesen dengan menghubungi 0125848166 atau 0322666071.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button