
Papagomo ditahan berkait kes tipu dan AMLA
KUALA LUMPUR – Blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo ditahan polis pagi ini dipercayai untuk siasatan berkait kes menipu dan aktiviti pengubahan wang haram.
Peguamnya, Rafique Rashid Ali mengesahkan Wan Azri ditahan dan disiasat Bukit Aman kerana menipu dan kesalahan berkaitan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).
Katanya, Wan Azri juga disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun, sebat, dan denda jika sabit dengan kesalahan.
Difahamkan, siasatan itu berkait dengan satu laporan yang dibuat seorang menteri pada Julai lalu.
Rafique berkata, lapan anggota polis datang dan menahan Wan Azri di rumahnya kira-kira 1.30 pagi tadi, lapor FMT.
“Polis mendapat perintah tahanan reman selama sehari untuk membantu siasatan,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |