Jenayah & Mahkamah

Padah kibar bendera Israel, seorang lelaki di penjara 6 bulan dan denda RM500

MARANG – Mahkamah Majistret Marang hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500 terhadap seorang lelaki atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel, bulan lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan tambahan tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan, memetik laporan Utusan Online.

Hukuman itu bagaimanapun akan bermula selepas tertuduh selesai hukuman penjara lima tahun di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bengkel aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung sekitar pukul 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Kes dikendalikan pegawai pendakwa polis, Asisten Superintenden Othman Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Bulan lalu media melaporkan seorang lelaki ditahan setelah disyaki mempamerkan bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button