BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Najib buat laporan polis terhadap bekas AG berhubung isu Titah Adendum

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berhubung isu Titah Adendum.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata Najib sebelum ini telah meminta kebenaran untuk membuat laporan polis di IPD Kajang.

Namun, permohonan laporan polis yang dibuat sama ada di dalam penjara atau dengan bantuan pihak penjara itu tidak mendapat maklum balas positif.

“Oleh itu, beliau telah mengarahkan saya untuk membuat laporan berkenaan,” kata Shafee dalam sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Baca juga : Shafee dakwa ada pihak cuba sembunyikan Titah Adendum YDPA ke-16

Mengulas lanjut, Shafee berkata, laporan polis itu dibuat terhadap Ahmad Terrirudin mengikut Seksyen 204 dan Seksyen 209 Kanun Keseksaan.

“Kesalahan-kesalahan yang didakwa dalam laporan itu adalah berkaitan dengan Titah Adendum. Saya tidak akan mengulas lebih lanjut kerana laporan ini adalah dokumen siasatan,” ujarnya.

Pada 29 Mei lalu, Shafee memaklumkan Najib masih belum menerima sebarang jawapan meskipun tujuh surat telah dihantar bagi mendapatkan pengesahan mengenai kewujudan Titah Adendum tersebut.

Dalam satu sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Shafee menjelaskan bahawa surat-surat itu telah dihantar kepada Peguam Negara ketika itu, Ahmad Terrirudin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Ketua Pengarah Penjara.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang jawapan atau pengesahan bahawa surat-surat tersebut telah diterima oleh mana-mana pihak berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button