Najib nafi Jho Low adalah ‘bayangan’ beliau dalam 1MDB
PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menolak dakwaan bahawa Low Taek Jho, atau Jho Low, adalah ‘bayangan’ beliau dalam urus tadbir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib, 71, menafikan Jho Low terlibat dalam semua peringkat pelaksanaan 1MDB sejak 2009 dan menyatakan keputusan akhir dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam di Mahkamah Tinggi hari ini, Najib mengakui wujud kecurigaan terhadap Jho Low, termasuk oleh Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Tan Sri Tong Kooi Ong, yang pernah menyuarakan rasa curiga pada 2015.
Namun, Najib menyatakan beliau menunggu laporan siasatan daripada agensi berkaitan dan menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
“Meskipun curiga, saya teruskan hubungan dengan Jho Low kerana ada perkara yang perlu dicapai untuk kepentingan negara,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette hari ini.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah akan bersambung Isnin ini di Kompleks Mahkamah Istana Kehakiman, di sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






