
Muat naik grafik AI palsu berkaitan pekebun haram di Raub, seorang individu berdepan denda hingga RM500,000
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan negeri Pahang di platform Facebook miliknya pada Sabtu lalu.
Menurut MCMC, kandungan tersebut dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan (AI) dan susulan itu, pelbagai spekulasi dan persepsi negatif telah timbul dalam kalangan orang awam, berkaitan pekebun haram di daerah Raub, Pahang.
“Sesi rakaman percakapan dan siasatan lanjut telah dijalankan di IPD Ampang Jaya semalam.
“Sebuah telefon bimbit serta satu kad SIM telah disita bagi tujuan analisis forensik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta 588 dan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu katanya, MCMC tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan laman media sosial bagi tujuan penyebaran hantaran atau komentar palsu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |