JENAYAH & MAHKAMAH

MPV berhenti tukar pemandu punca kemalangan korbankan tiga penuntut IKBN Jitra

ALOR SETAR – Tindakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhenti di laluan kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan bagi menukar pemandu dipercayai menjadi punca kemalangan yang meragut nyawa tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, dapatan itu merupakan hasil siasatan awal pihaknya.

“Pemandu kenderaan itu, seorang lelaki berusia 43 tahun, telah ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibenarkan jamin selepas semua proses siasatan selesai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan kes masih diteruskan dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Laporan Malaysia Tribune semalam menyebut, tiga penuntut IKBN Jitra yang menaiki dua buah motosikal maut di tempat kejadian akibat terlanggar kenderaan tersebut.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Habil Mohd Sobri dari Gurun, Muhammad Fahmi Mohd Jamel dari Jeniang, Sik, dan Muhamad Arif Aifan Derani dari Bukit Selambau, Sungai Petani.

Ketiga-tiga mangsa berusia 19 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang untuk bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, esok.

Seorang lagi rakan mereka, Muhammad Adib Aiman Mohamad Hasan, yang membonceng salah sebuah motosikal, mengalami kecederaan parah di kaki dan sedang dirawat di Zon Kuning, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button