Merusuh dan pukul junior, 5 pelajar ditahan
IPOH – Polis menahan lima pelajar sebuah sekolah di sini bagi membantu siasatan kes pukul pelajar junior hingga mengakibatkan kecederaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, laporan polis diterima daripada mangsa yang juga pelajar tingkatan satu sekolah itu pada 24 Julai lalu, mendakwa dia dipukul sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima.
Katanya, susulan kejadian, mangsa cedera di beberapa bahagian badan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Tangkapan dibuat ke atas pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu hari ini dan siasatan lanjut termasuk kenal pasti punca kejadian sedang dijalankan.
“Polis juga mengesan suspek lain yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya, siasatan dilaksana mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






