JENAYAH & MAHKAMAH

‘Mereka nak jejaskan peluang saya dalam PRN’ – Sanusi

SELAYANG – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mendakwa, semua pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau bertujuan untuk memburukkan dirinya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah nanti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini, sejurus keluar dari kamar mahkamah di mana beliau didakwa atas dua pertuduhan menghasut.

“Tujuan mereka adalah untuk menjejaskan peluang saya dalam PRN.

“Saya yakin dengan pendakwaan ini, rakyat Malaysia memahami hasrat sebenar mereka disegerakan pendakwaan ke atas saya ini dengan tiga hari siasatan sahaja,” kata Sanusi.

Beliau turut mengakui, bahawa beliau hanya mengetahui akan dituduh pagi ini menerusi laporan media sahaja.

Terdahulu, Sanusi tiba di pekarangan mahkamah pada sekitar pukul 8.30 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button