JENAYAH & MAHKAMAH

Meragut di Klang, ditahan di Langkawi

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang diburu polis kerana meragut seorang wanita di Klang pada 15 April lepas, berjaya ditahan di Langkawi, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong, suspek berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan polis pelancong Ibu Pejabat Daerah Langkawi di hadapan Medan Selera Penarak, Kuah pada pukul 4.15 petang semalam, sebelum dibawa pulang untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, beberapa barang kes turut dirampas dan siasatan awal mendapati suspek warga tempatan itu mempunyai lima rekod lampau berkait jenayah dan dadah.

“Suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan semasa melakukan rompakan.

“Pegawai penyiasat juga sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Cha berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada Isnin lepas, mendakwa telah diragut ketika sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button