BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita warga emas terkorban dalam kebakaran ibu mentua Hamzah Zainuddin

IPOH – Seorang wanita warga emas yang maut dalam kebakaran di Kampung Sungai Rapat Tambahan di sini malam semalam adalah ibu mentua kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mangsa, Salmiah Nyakk Matt, 84, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya, Datuk Abdul Ghani Ngah, 83, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, kejadian berlaku sekitar pukul 9.19 malam melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Raja Abdullah.

Malaysia Tribune sebelum ini melaporkan kebakaran melibatkan enam individu yang berada di rumah semasa kejadian.

“Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia, manakala suaminya berjaya diselamatkan dan mengalami kesukaran bernafas.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon berkata, pasukannya terlibat dalam operasi menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button