BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Mayat wanita Thailand berlumuran darah dalam tandas

JOHOR BAHRU – Mayat seorang wanita warga Thailand ditemui berlumuran darah dalam tandas di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada jam 2.28 petang.

“Siasat polis setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah berkaitan penemuan mayat tersebut.

“Identiti mangsa juga masih dalam siasatan dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Balveer Singh, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122 atau pegawai penyiasat, Inspektor Helmy Halim menerusi talian 012-5759953 bagi membantu siasatan.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button