Jenayah & Mahkamah

Mayat kanak-kanak lemas ditemui tertiarap di dasar sungai

KUALA TERENGGANU – Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Tok Hakim di sini, petang semalam ditemukan lemas pada pukul 11 pagi ini.

Mayat mangsa, Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahri ditemukan oleh dalam keadaan tertiarap di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua bermula pada awal pagi tadi selepas 17 jam digerakkan.

“Mangsa berjaya dikesan oleh pasukan penyelamat dalam keadaan tertiarap di dasar sungai pada kedalaman 1.5 meter kira-kira 30 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan lemas.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia, hari ini.

Rozizah berkata, operasi disertai oleh 70 anggota terdiri daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, unit anjing pengesan (K9), polis dan penduduk kampung.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa bersama adiknya, Muhammad Firas Wafiy,9, dan seorang lagi rakannya bermandi-manda di Sungai Tok Hakim sebelum mangsa dikatakan tergelincir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button