JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat ditemui di lereng bukit dekat Genting Highlands

KUALA LUMPUR – Mayat individu yang masih belum dikenal pasti ditemukan orang awam di lereng bukit di laluan turun dari Genting Highlands, Pahang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima panggilan kira-kira 3.40 petang daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu dberhampiran KM15 jalan menghala turun dari Genting Highlands.

“Susulan laporan itu satu pasukan pegawai dari IPD Bentong bersama Unit Forensik IPK Pahang hadir ke lokasi untuk membuat siasatan.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian polis mengesahkan penemuan mayat yang identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaiham berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

“Buat masa ini kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil atau menghubungi bilik gerakan IPD Bentong atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button