
Murung disebabkan hutang dipercayai punca kematian guru sekolah
ISKANDAR PUTERI – Polis menjalankan siasatan susulan penemuan mayat seorang guru dalam keadaan reput di sebuah kediaman di Bandar Selesa Jaya, Skudai, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan daripada jiran mangsa kira-kira pukul 7.30 malam selepas terhidu bau busuk dari arah rumah itu.
“Hasil pemeriksaan menemui mayat telah reput dan dipercayai meninggal dunia lebih sebulan.
“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa dikenalpasti sebagai Lo Kwan Fong, 39, guru kanan di sebuah sekolah rendah di Skudai.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Johor, Aznan Tamin berkata siasatan awal Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) menunjukkan mangsa berdepan tekanan akibat isu kewangan yang kritikal.
“Setakat ini, tiada rekod perubatan rasmi daripada hospital berhubung dakwaan mangsa mengalami tekanan (depression).
“Walaubagaimanapun siasatan mendapati beliau terlibat dengan hutang termasuk dipercayai berurusan dengan sindiket pemberi pinjaman tidak berlesen,” katanya.
Kes disiasat sebagai mati mengejut sementara polis menunggu hasil laporan bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung dakwaan keterlibatan pihak ketiga atau unsur jenayah.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |