
Mayat bayi ditemui dalam tandas stesen minyak
SUNGAI BESAR – Orang ramai di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani di sini gempar dengan penemuan mayat seorang bayi dalam tandas wanita, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 12 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.
“Siasatan awal mendapati bayi berkenaan ditemui dalam mangkuk tandas pada pukul 11.15 pagi. Bagaimanapun, jantina dan bangsa bayi itu masih belum dapat dikenal pasti.
“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi terbabit telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, mayat bayi itu telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat bayi.
“Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |