Jenayah & Mahkamah

Mangsa dibaham buaya ditemukan tanpa tangan, kaki di Miri

MIRI – Mayat seorang lelaki ditemukan tanpa tangan dan kaki dipercayai akibat dibaham buaya di Sungai Kuala Baram dekat sini, semalam.

Mayat mangsa berusia dalam lingkungan 60 tahun itu dijumpai oleh sekumpulan pemancing dan kemudian dilaporkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, pada pukul 4.29 petang.

Ketua BBP Lutong, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) II, Henry Jugah berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan meniarap dengan kesan gigitan pada muka dan belakang mangsa.

Menurut Henry, beliau menerima makluman tersebut menerusi panggilan telefon terus daripada Kim Shin sekitar jam 3.45 petang.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Operasi khas mengangkat mayat mangsa tamat pada 6.20 petang tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button