JENAYAH & MAHKAMAH

Mahkamah tolak pengakuan bersalah wanita didakwa serang Sultan Perak

IPOH – Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak pengakuan bersalah seorang wanita yang didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak, Ogos lepas.

Majistret, Harith Mazlan membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani memaklumkan laporan daripada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan menyatakan tertuduh, Nurshazwani Afni Mohamad Zorki, 41, menghidap skizofrenia dan tidak waras semasa kejadian, lapor BERNAMA.

“Pada masa ini, tertuduh telah diberi rawatan dan stabil. Tertuduh boleh dibicarakan dan memberikan pembelaan,” kata Nasrul pada prosiding sebutan semula, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Nurshazwani didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada 8.20 pagi, 31 Ogos lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin serta diarahkan melapor diri di Balai Polis Pusat Ipoh sebulan sekali pada setiap Isnin.

Mahkamah menetapkan 8 Dis untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Pada 8 Sept lepas, Nurshazwani dihadapkan ke mahkamah sama namun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh diperintahkan menjalani pemeriksaan serta pemantauan di Hospital Bahagia selama sebulan, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button