JENAYAH & MAHKAMAH

Lima warga Indonesia direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh rakan senegara

KLUANG – Polis hari ini menahan lima lelaki warga Indonesia susulan kematian seorang rakan senegara mereka akibat ditikam di sebuah ladang kelapa sawit di Paloh, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kesemua suspek berusia antara 21 hingga 31 tahun ditahan awal pagi tadi, kurang daripada 24 jam selepas kematian mangsa.

“Kelima-lima suspek adalah warga Indonesia tanpa sebarang rekod jenayah lampau.

“Ujian air kencing kesemua suspek juga didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan pihaknya sedang menyiasat motif pembunuhan tersebut.

Terdahulu, seorang warga Indonesia berusia lingkunagn 30-an dilaporkan dihantar ke ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pukul 9.36 pagi semalam, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba.

Punca kematian dikenal pasti sebagai kecederaan tikaman pada dada.

Difahamkan, siasatan awl mendapati, mangsa dan suspek terlibat dalam satu pertengkaran sebelum kejadian tikaman berlaku.

Bahrin turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kluang di talian 07-7784222, hotline 07-7766822 atau balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button