BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lima termasuk empat bekas pegawai bank lulus pinjaman RM11.3 juta direman SPRM

SANDAKAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan reman lima individu termasuk empat bekas pegawai bank kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM300,000.

Rasuah itu dipercayai diberikan pemilik syarikat sebagai dorongan meluluskan permohonan pinjaman kewangan dengan menggunakan dokumen sokongan palsu.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 28 Mei 2025 terhadap kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu dikeluarkan Majistret 1 Siti Aisyah Umar Baki selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Sandakan pagi tadi.

Terima RM300,000 daripada pinjaman RM11.3 juta

Menurut sumber, kesemua suspek telah ditahan antara pukul 2 petang hingga 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.

“Kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2022 hingga 2024 yang melibatkan kelulusan pinjaman pembiayaan bernilai kira-kira RM11.3 juta daripada 39 pemohon.

“Kesemua suspek juga dipercayai menerima wang rasuah secara tunai dan juga melalui transaksi pindahan ke akaun bank masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a(A) Akta SPRM 2009.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button