
Lima tahun umpama neraka yang saya tidak mahu doakan untuk musuh saya – Syed Saddiq
PUTRAJAYA – “Lima tahun yang saya lalui ini ibarat neraka.” Begitulah luahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebaik Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan beliau daripada empat pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA.
Bahkan Ahli Parlimen Muar itu menyifatkan penderitaan dialami sejak mula disabitkan kes sebagai pengalaman paling memeritkan dalam hidupnya yang menjejaskan kerjaya politik dan memberi kesan besar terhadap keluarganya.
“Tempoh lima tahun ini umpama dalam negara. Penderitaan yang musuh saya sendiri pun tidak sepatutnya rasa
“Dan saya tidak berdendam. Saya tetap pilih untuk terus melangkah ke hadapan demi negara yang saya cintai,” katanya dalam sidang media di perkarangan Mahkamah Rayuan, hari ini.
Bekas Menteria Belia dan Sukan itu berkata, penderitaan itu bukan hanya dirasainya secara peribadi, malah turut dirasai insan paling rapat dengannya iaitu ibunya sendiri, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, yang disahkan kembali menghidap barah payudara akibat tekanan berpanjangan sepanjang perbicaraan kesnya.
Syed Saddiq, yang turut digugurkan daripada jawatan Presiden Parti MUDA sebelum ini, mengakui reputasinya terjejas teruk akibat pertuduhan berkenaan.
“Ramai menawarkan jalan keluar yang mudah, tetapi saya tolak. Saya mahu bersihkan nama saya dengan cara yang betul iaitu melalui mahkamah,” tegasnya.
Tambah beliau, keputusan hari ini menjadi titik tolak kepada perjuangannya atas dasar integriti dan cinta terhadap negara.
Hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadap beliau, termasuk hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |