JENAYAH & MAHKAMAH

Lima ditahan bantu siasatan kes tembak di Brickfields

KUALA LUMPUR – Polis sudah menahan lima individu bagi membantu siasatan kes tembakan yang menyebabkan kematian seorang lelaki tempatan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di sini, 13 Jun lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad kesemua mereka ditahan di sekitar ibu negara 16 Jun lalu dan dibebaskan dengan jaminan setelah keterangan mereka diambil.

Beliau bagaimanapun berkata, berhubung kes temabakan tembak di Cheras, masih tiada tangkapan dilakukan dan pihaknya sedang mengesan serta mengenal pasti suspek berhubung kes itu.

“Setakat ini, bagi kes Brickfields kita sudah merakam keterangan seramai 18 saksi, manakala kes di Cheras pula seramai 20 orang keterangan saksi sudah dirakam,” katanya lapor Harian Metro hari ini.

Tambahnya, kedua-dua kes dipercayai bermotifkan pertembungan kumpulan kongsi gelap memandangkan kedua-dua mangsa kes yang disiasat mempunyai latar belakang kumpulan kongsi gelap.

Beliau kemudiannya berkata, ketika ini siasatan menjurus kepada konflik antara kumpulan yang mempunyai latar belakang berkaitan aktiviti berkenaan namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button