
Letupan di kilang kitar semula bahan kimia tiada unsur jenayah, kecuaian
KLANG – Tiada sebarang unsur jenayah atau kecuaian ditemukan dalam siasatan ke atas kejadian letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula di Taman Perindustrian Kapar Indah, di sini Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao ketika mengesahkan perkara itu turut berkata, punca kejadian adalah disebabkan reaksi bahan kimia.
Katanya, siasatan lanjut di lokasi kejadian kini diteruskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
“Siasatan selesai, tiada apa-apa kecuaian, unsur jenayah. Cuma disebabkan reaksi bahan kimia menyebabkan letupan itu dan polis juga selesai mengambil keterangan pemilik kilang, pekerja dan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.
“Jumlah mangsa semua 33 orang, tiada kecederaan atau kematian cuma sesak nafas dan pedih mata… pihak kilang kini dalam proses pembersihan,” katanya selepas Walkabout Ketua Polis Daerah Klang Utara ke Pasar Pagi Taman Eng Ann, Bandar Baru Klang, hari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |