Jenayah & Mahkamah

Lelaki, wanita ditemukan maut dalam stor simpan tong karbon dioksida

KOTA KINABALU – Seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan maut selepas terperangkap dalam sebuah stor menyimpan tong karbon dioksida dalam kejadian di kawasan pembinaan di Likas di sini hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Mohammad Hannis Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.22 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan terdapat dua mangsa lelaki dan wanita terperangkap dalam bilik simpanan tong karbon dioksida.

“Pasukan bomba segera melakukan operasi membuka pintu bilik tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan sebaik pintu berjaya dibuka, kedua-dua mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Mohammad Hannis berkata, bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa belum diketahui setakat ini.

Katanya, pasukan bomba kemudian menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button