Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Lelaki rakam dari bawah kain ditahan di Banting

KUALA LANGAT – Seorang penganggur warga tempatan yang merupakan suspek kes merakam gambar dari bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom, baru-baru ini ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan di Banting dan telah direman selama dua hari sehingga esok.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mengaku dirinya adalah individu yang dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan.

“Suspek yang tidak pernah mempunyai sebarang rekod lampau juga mengaku perbuatan tersebut baharu pertama kali dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, polis menerima laporan dari seorang wanita warga tempatan yang mendakwa menyedari tindakan suspek melakukan rakaman dari bawah kain ketika dia berada di sebuah pasaraya.

Dakwanya, dia kemudian membuat pemeriksaan di CCTV dan mendapati suspek telah melakukan perbuatan itu dari dari belakang untuk mengelak daripada disedari.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button