JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki putus ibu jari, ibu cedera bergelut dengan pembantu rumah bersenjata pisau

KUANTAN – Seorang lelaki putus ibu jari manakala ibunya cedera setelah bergelut dengan pembantu rumah yang bersenjatakan pisau di kediaman mereka, di sini hari ini.

Meurut Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, seorang wanita berusia 57 tahun berada di tingkat atas rumahnya di KotaSAS, dikejutkan dengan jeritan anak lelakinya berusia 28 tahun dari aras bawah.

Ketika menuruni tangga, wanita itu mendapati anaknya sedang bergelut dengan pembantu rumah warga asing berusia 44 tahun di ruang tamu, sebelum kepalanya dilibas di dengan pisau oleh suspek ketika cuba meleraikan pergaduhan.

“Wanita itu bertindak merampas pisau sebelum pembantu rumah terbabit berlari ke arah dapur untuk mengambil pisau lain, tetapi kedua-dua mangsa menghalangnya sehingga berlaku pergelutan sekali lagi di di dapur.

“Mangsa wanita mengambil semua pisau di dapur dan mencampakkannya keluar melalui tingkap sebelum menghubungi 999,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Akibat kejadian itu, mangsa lelaki putus ibu jari tangan kiri, luka di kepala dan kaki manakala ibunya luka di kepala serta ibu jari tangan kiri.

Kedua-dua mangsa dan suspek yang turut cedera di pergelangan tangan kiri dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan, tambahnya.

Ashari berkata, polis merampas enam pisau pelbagai jenis selain satu gunting di lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek mendakwa mengalami tekanan bekerja, namun punca utama masih dalam siasatan.

Pembantu rumah itu kemudiannya ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button