JENAYAH & MAHKAMAHBERITA SEMASA

Lelaki pukul anjing dengan tukul ditahan polis

IPOH – Seorang lelaki yang disyaki memukul anjing peliharaannya menggunakan tukul di Taman Ria, Bercham ditahan polis selepas video kejadian tersebut tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 42 tahun yang bekerja sebagai mekanik itu ditahan pada pukul 3 petang tadi untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati insiden itu berlaku pada malam Sabtu lalu. Anjing yang dipukul tersebut merupakan haiwan peliharaan milik suspek yang memiliki lesen sah.

“Anjing berkenaan telah diselamatkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan 17 rekod berkaitan kesalahan narkotik.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Binatang 1953 atas kesalahan menganiaya dan melakukan khianat terhadap haiwan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum itu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 42 saat yang memaparkan seorang lelaki menghayun tukul panjang ke arah seekor anjing beberapa kali.

Insiden tersebut mencetuskan kecaman dalam kalangan warganet.

Dalam pada itu, Abang Zainal menyeru orang ramai agar segera melaporkan sebarang kejadian membabitkan gangguan atau penganiayaan haiwan kepada pihak berkuasa tempatan atau JPV untuk tindakan lanjut.

“Kerjasama masyarakat amat penting untuk memastikan kebajikan haiwan sentiasa terpelihara,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button