JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut terkena tembakan dalam kenderaan adalah penumpang, bukan pemandu

KUCHING – Seorang lelaki yang dilaporkan maut akibat terkena tembakan di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa di sini, awal pagi tadi bukan pemandu kereta tetapi penumpang kenderaan itu.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi.

Beliau berkata, berkata yang mangsa berusia 34 tahun itu adalah penumpang kereta Perodua Myvi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan mangsa duduk di bahagian penumpang depan atau belakang ketika kejadian.

Dalam insiden pada pukul 5.30 pagi tadi, mangsa yang terbaring di dalam kereta dibawa ke Balai Polis Batu Kawa oleh dua orang lelaki.

“Dua lelaki terbabit memaklumkan rakan mereka terkena tembakan ketika melalui Jalan Stephen Yong dan pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa.

“Terdapat kesan tembakan pada kepala mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Sylvarius di talian 013-8637241.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button