
Lelaki Israel miliki senjata, peluru dipenjara tujuh tahun
KAJANG – Lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang ditahan memiliki enam senjata api dan 200 butir peluru pada tahun lalu dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang di sini hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Zaki Mohd Salleh, menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh berusia 39 tahun itu.
Tertuduh yang merupakan pemilik sebuah syarikat pembekalan perubatan di New York dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara bagi setiap pertuduhan dengan hukuman berjalan serentak.
Avitan dituduh memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm berisi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru serta 42 butir peluru dalam tiga senjata berbeza tanpa lesen atau permit sah.
Bagi pertuduhan pilihan pula, dia didakwa memiliki enam jenis senjata api, iaitu Glock 19 USA 9×19, Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F.
Avitan didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesalahan itu dikatakan dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang antara pukul 6.46 petang pada 26 Mac dan pukul 6 petang pada 28 Mac tahun lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |