JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditahan kerana muat naik video hina PM

BACHOK – Polis menahan seorang lelaki Sabtu lepas kerana disyaki memuat naik kandungan video menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, lelaki yang bekerja sebagai pembantu pam minyak itu ditahan di Kampung Tempoyak di sini.

Katanya, lelaki itu disyaki memuat naik satu video berdurasi 46 saat yang mendatangkan keaiban terhadap Perdana Menteri dan menghasut rakyat setempat supaya tidak menyertai Majlis Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan 12 April lalu di Pantai Irama, Bachok.

“Suspek turut membuat kenyataan yang seolah-olah mengajak orang ramai supaya tidak menyukai dan memboikot Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri yang mana video dibuat sehari sebelum kehadiran PMX.

“Lelaki itu ditahan 11 April lalu dan polis turut merampas telefon bimbit miliknya untuk siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, 233 Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit suspek mendapati terdapat kandungan video dan gambar lucah yang boleh dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mengaku bersalah dan didenda RM4,000 atas kesalahan memiliki kandungan lucah dalam telefon bimbit, manakala untuk kesalahan menghina PM, siasatan masih dilaksanakan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button