Lelaki disyaki masalah mental jatuh dari pangsapuri tingkat 15 di Kajang
KAJANG – Seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental maut selepas terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu daripada orang awam pada pukul 8.37 pagi.
“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah terlibat. Mangsa yang merupakan seorang penganggur disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Menurut Naazron, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dengan punca kematian disebabkan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Kajang, Inspektor Shisheewady Ruzani di talian 016-856 5670.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






