Jenayah & Mahkamah

Lelaki disyaki cabul wanita di Bazar Ramadan ditahan

TEMERLOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun kerana disyaki mencabul beberapa wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihaknya sudah menerima laporan daripada tiga wanita berusia antara 23, 26 dan 27 tahun, masing-masing seorang peniaga, juruwang dan jurujual.

“Tiga wanita terbabit mendakwa dicabul suspek ketika berjalan untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar terbabit pada 6 dan 10 Mac lalu, ” katanya.

Katanya, suspek didapati secara kasar dan sengaja melanggar badan wanita berkenaan sambil mengambil kesempatan menyentuh beberapa bahagian badan mangsa.

“Suspek ditahan oleh orang ramai sebelum anggota Balai Polis Temerloh pergi ke tempat kejadian menahan semula lelaki itu pada 5.30 petang semalam,” katanya.

Terdahulu, tular di Tiktok satu klip video berdurasi 21 saat merakam gelagat lelaki itu, dan tindakannya mengundang pelbagai kecaman daripada netizen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button