JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki dirakam tampar wanita dalam video ‘live’ direman tiga hari

KUALA LANGAT – Seorang lelaki yang dirakam dalam video tular menampar isterinya di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang direman selama tiga hari, bermula hari ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Terdahulu, suspek berusia lingkungan 50-an itu tiba di Mahkamah Majistret Telok Datuk, di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Sebelum ini, suspek berjaya ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi semalam.

Dalam video berdurasi 29 yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini, lelaki itu dirakam di khalayak ramai menampar seorang wanita yang sedang berjalan keluar dari sebuah pusat membeli belah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button