BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki dicekup selepas pecah masuk empat masjid

PENAMPANG – Seorang lelaki yang dipercayai aktif memecah masuk masjid akhirnya dicekup polis selepas terbabit dalam empat kejadian di sekitar Putatan, semalam.

Suspek berusia 25 tahun itu diberkas ketika berada di sebuah hotel di Tuaran oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, jumlah kerugian keseluruhan akibat perbuatan suspek dianggarkan bernilai RM2,250.

“Turut dirampas, sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Kota Kinabalu dan dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di rumah suspek turut menemui pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan pecah masuk serta sejumlah wang tunai.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button