JENAYAH & MAHKAMAH

‘Larikan’ kabel pengecas telefon, 2 wanita direman

MANJUNG – Dua wanita direman selama enam hari kerana disyaki ‘melarikan’ kabel pengecas telefon bernilai RM14 dari sebuah kedai serbaneka di sini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, kedua-dua suspek ditahan pukul 2.45 petang semalam susulan laporan dibuat mangsa, seorang pekerja wanita kedai berkenaan pukul 10 pagi Ahad lalu.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa didatangi dua suspek berkenaan yang meminta dia membuka produk kabel pengecas telefon tanpa membuat sebarang bayaran.

“Pengadu menerangkan kepada suspek namun salah seorang darinya tidak berpuas hati lalu bertindak menampar pipi kiri mangsa serta menarik tudung. Suspek terus melarikan diri bersama kabel pengecas telefon itu.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri serta trauma akibat daripada kejadian itu, dengan kerugian sebanyak RM14,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek di bawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dan reman dibenarkan selama enam hari.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan turut menjadi tular di media sosial, dan mencetuskan pelbagai komen daripada netizen.

Rakaman itu menunjukkan, salah seorang dari dua suspek mengasari termasuk menampar dan menarik tudung yang dipakai pekerja kedai dipercayai mangsa sehingga rambutnya terdedah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button